Kesian Harimau Malaya! Dapat Layanan buruk di Thailand..

Assalamualaikum , salam sejahtera :)
Bismillahirrahmanirrahim ..

                   


Padang macam sawah padi! itu nada kecewa yang disuarakan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam .


Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan, Ianya hanyalah padang awam yang dikongsi dengan orang awam di Bangkok!


Keadaan permukaan yang berlopak,rumput tebal boleh mengundang kecedraan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air .


Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok .


''Saya amat kecewa dengan padang latihan yang disediakan, ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami memberi layanan yang baik dan menyediakan anggota polis dan studium latihan tertutup tapi disini mereka beri padang sawah kepada kita .


''Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ia hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan disini,'' katanya .

Skuad kebangsaan tiba di Bangkok kelmarin, sehari lebih awal bagi melakukan persiapan rapi selepas seri 1-1 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu .

                                         

Menurut Subahan, beliau telah mengemukakan laporan kepada AFF dan FAT mengenai masalah itu .

''AFF sudah dimaklumkan tapi dalam tempoh singkat ini, mereka gagal menyediakan padang lain,'' katanya .

Sementara itu, Rajagobal mengaku kecewa keadaan padang yang membahayakan selain tidak dapat menilai tahap permain yang cedera .

''Saya takut dengan keadaan padang yang teruk ini akan mencederakan permain dan sebab itu mereka hanya memanaskan badan sahaja .

''Senario ini mengagnggu persiapan pasukan tapi kami tidak boleh terlalu memikirkan masalah ini dan saya mahu semua pemain kekal fokus,'' katanya .

Peluang terakhir Rajagobal merencana strategi adalah pada sesi latihan rasmi di Studium Supachlasai hari ini .

Mengulas kecedraan pemain beliau berkata, Mohd Shakir Saari , Wan Zack Haikal Wan Noor masih belum pasti dapat diturunkan .

♥ Terima kasih kerana sudi baca entry saya ! ♥

No comments:

Post a Comment