Teka Teki Imam Ghazali .

Assalamualaikum :)

Bismillahirrahmanirrahim , dah lama tak update blog . Almaklum lah tahun ni sudah busy untuk menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekejap je masa berlalu , aku rasa macam baru je masuk form2 tapi kenyataanya tahun ni aku form3 . Hahahahaa , bajet-bajet muda je . Okey , back to the title . Teka-teki Imam Ghazali . Aku tak tahu kenapa , tiba-tiba hati aku rasa macam nak share entry ni .

                              


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau mengajukan enam soalan kepada mereka :

Imam Ghazali : ''Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?''
Murid 1 : ''orang tua''
Murid 2 : ''guru''
Murid 3 : ''teman''
Murid 4 : ''kaum kerabat''
Imam Ghazali : ''Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (surah Al-Imran:185)''

Imam Ghazali : ''Apakah yang jauh dengan diri kita di dunia ini?''
Murid 1 : ''negeri China''
Murid 2 : ''bulan''
Murid 3 : ''matahari''
Murid 4 : ''bintang-bintang''
Imam Ghazali : ''Semua jawapan itu benar . Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita , apapun kenderaan kita , tetap kita takkan kembali ke masa lalu .Oleh sebab itu , kita harus menjaga hari ini ,  hari esok dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama .''

Imam Ghazali : ''Apakah yang paling besar di dunia ini?''
Murid 1 : ''gunung''
Murid 2 : ''matahari''
Murid 3 : ''bulan''
Murid 4 : ''bumi''
Imam Ghazali : ''Semua jawapan itu benar . Tetapi yang paling besar di dunia ini adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A'araf:179) . Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka .

Imam Ghazali : ''Apakah yang paling berat di dunia ini?''
Murid 1 : ''baja''
Murid 2 : ''besi''
Murid 3 : ''gajah''
Murid 4 : ''pokok''
Imam Ghazali : ''Semua jawapan itu benar . Tetapi yang paling berat di dunia ini adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab:72) . Tumbuh-tumbuhan , binatang , gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini . Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia yang masuk ke neraka kerana gagal memgang amanah.''

Imam Ghazali : ''Apakah yang paling ringan di dunia?''
Murid 1 : ''kapas''
Murid 2 : ''debu''
Murid 3 : ''Angin''
Murid 4 : ''daun-daun''
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu katakan itu benar . Tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.''

Imam Ghazali : ''Apakah yang paling tajam di dunia ini?''
Murid-murid dengan serentak menjawab : ''pedang''
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar . Tetapi yang paling tajam sekali di dunia adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah , manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri .''

Daripada teka-teki Imam Al-Ghazali ini , elok jika kita merenungi sedalam-dalamnya persoalan-persoalan berikut :

Sejauh manakah kita mengingati detik kematian serta mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat-saat tersebut yang pasti datang pada bila-bila masa .

Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari pengalaman lalu agar kita dapat menempuhi hidup mendatang diatas garisan Syariah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Sejauh manakah kita dapat mengawal nafsu agar kita dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran Allah SWT.

Sejauh manakah kita telah berjaya memikul tugas dan menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Sejauh manakah kita menjaga serta memperbaiki mutu dan kualiti ibadah kita, khususnya solat yang merupakan tiang seri agama islam .

Sejauh manakah kita mengawal lidah kita dari menuturkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan mereka yang berada di sekeliling kita?

Sabda Rasulullah (S.A.W) : ''Berkatalah kamu kepada kebaikkan , jika tidak .. ''diam adalah lebih baik .''

Publish .

♥ Terima kasih kerana sudi baca entry saya ! ♥

No comments:

Post a Comment