10 Ramadhan ♡

    Assalamualaikum, 10 ramadhan dah genap seminggu kita tak bertegurkan? hanya Allah je yang tahu sedih hati ni macam mana :'( aduhh sebaknya rasa nak menaip, air mata asyik keluar je *kesat air mata*. Kalau la kau tak cakap macam tu, mesti semua ni tak akan jadi. Okay mulanya, aku memang la ada sentap sikit la an. Dari apa yang kau cakap tu, semalam memang niat nak maafkan kau. Tapi. . . . kenapa kau tweet macam tu? Sumpah aku rasa aku ni mcam orang bodoh je, terhegeh-hegeh nak bagi kau benda tu. Aku dah beli hadiah tu hari rabu. Aku suruh mira fatin & liana yang belikan. Sebab aku tahu kau nak sangat benda tu, sebab tu aku beli. Daripada hari isnin lagi kau merengek dekat aku, yang kau nak benda tu. Cadangnya aku nak bagi semalam time buka puasa sama-sama, sekali gus aku nak minta maaf la kan. Aku ingatkan bila aku belikan kau benda tu, kau akan happy bila time sambut birthday kau semalam. Tapi plan aku dah musnah macam tu je disebabkan satu tweet kau, yang membuatkan aku menangis.



    Sebak gila rasa hati ni hanya Allah je yang tahu. Kau buat aku menangis time aku puasa. Okay thanks aku hargai apa yang kau buat. Aku sanggup beli benda yang kau nak tu guna duit tabung aku sendiri, sebenarnya duit tu aku nak beli beg. Tapi aku fikir  kau SAHABAT aku, aku sanggup weh, aku sanggup. Tuition aku start pukul 5. Aku masuk pukul 5.30 aku masuk tuition lambat sebab nak belikan kau pembalut hadiah. 30minit masa aku bazir macam tu je. Ada kau hargai pengorbanan aku tu? Aku bukan nak ungkit weh, tapi tolong la hargai apa yang aku buat. Cukup la sekali, itu pun dah cukup bagi aku weh. Tapi kau still lagi tak nampak pengorbanan aku tu. Sahabat jenis apa kau ni? Hurm tak apa la :D  Oh, BF kau merajuk sebab dia dah janji dengan kau dulu? See? kau masih menangkan lagi BF kau tu? Aku tahu korang couple dah beribu tahun kan, tapi kalau Allah kata itu bukan jodoh kau, Bukan la. Aku bukan tak suka kau dengan dia tapi kenapa bila kau dah ada dia, kau ABAIKAN aku? Kenapa weh?
 

 
    Sedih la kau buat aku macam ni weh :'( kau lebih pentingkan perasaan merajuk BF kau tu dari pedulikan pearasaan aku. Okay itu maksudnya kau dah tak perlukan aku lagi maybe? :') kalau itu yang kau nak, okay fine. Mulai harini aku dah taknak kacau hidup kau lagi dah. Aku janji!! Apa kau nak buat lepas ni aku dah malas nak ambik peduli. Hurm, untuk apa aku ambik tahu urusan orang yang tak pernah ''minat'' ambik tahu urusan aku? Cukup la weh, aku dah penat. Penat sangat sangat!! :(  Kau perasan tak aku langsung tak tegur kau hari ni.. :D Ni aku nak pesan dekat kau: "setitis air mate yg mengalir daripada seorang kawan mendatangkan banyak makna antaranya, sudah tentu perasaan kecewa''. Aku rindukan kau yang dulu, tolong berhenti buat aku menangis. AKU RINDU KAU. RINDU NAK GELAK SAMA SAMA, RINDU NAK SHARE STORY SAMA SAMA, RINDU NAK BAHAN KAU, RINDU NAK SEMBANG DENGAN KAU.RINDU KAU SANGAT SANGAT!! AKU MINTA MAAF, AKU TAK BOLEH JADI SAHABAT SEBAIK-BAIK SAHABAT UNTUK KAU. AKU GAGAL!! Aku harap SAHABAT BARU kau nanti boleh nasihatkan kau, boleh bimbing kau ke arah kebaikan. Amin :')




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry saya ! ♥

No comments:

Post a Comment