Salah aku?



Assalamualaikum pembaca/stalker/crush cehh macam ada je orang nak baca blog ni sudah sekian lama menyepikan diri tiba tiba harini tergerak pulak hati nak update. Alhamdulillah harini dah hari ke5 aku berpuasa. Dan dalam bulan puasa ni jugak la banyak sangat ujian yang aku tempuh dengan air mata :') Takpe mira, Allah uji sebab Allah sayang. Allah uji sebab Allah tahu kau boleh buat. Kau kan sadoo. Hmm, sadoo pun tipu la cakap kalau aku tak menangis. Sekarang ni aku dah malas nak luah dekat wechat/twitter. Tak ada feel. Kalau dekat sini senang, aku boleh membebel macam macam, kalau dekat twitter kang ada je yang terasa. Ada je dok tweet macam macam. Malas ah cari musuh. Bulan Ramadhan tahun ni aku paling banyak menangis sebab benda yang remeh temeh. Aku tak tahu kenapa, walaupun benda yang kau buat dekat aku tu benda kecik bagi kau. Tapi sentap dia, perghhh sampai ke hati turun ke perut, turun ke buah pinggang di buatnya. Hmm, salah ke aku nak berkawan? Berkawan dengan kawan baru. Salah ke? Ye, aku tahu dia KAWAN BAIK KAU. Tapi tak semestinya dia tak boleh berkawan dengan orang lain kan? termasuk la berkawan dengan aku. Aduhai dear awak, tolong la matangkan fikiran tu. Hmm, biar la diri ini menangis seorang diri di tempat yang sunyi, tiada siapa yang ingin menemani. Kalau ada pun, tak semua dia mengerti luahan hati kecil ini :(



Ye aku tahu, KAWAN BAIK KAU tu dah tak rapat dengan kau dah, sekarang dia rapat dengan aku. Tapi tak bermaksud dia lupakan kau. Tak bermaksud dia tak anggap kau sebagai kawan dia lagi. Aku tahu kau tak suka aku rapat dengan KAWAN BAIK kau tu. Aku ni berkawan dengan semua orang, tapi tak semua kawan tu suka aku macam KAWAN BAIK kau suka aku. Tak semua kawan boleh gelak macam KAWAN BAIK kau tu gelak dengan aku. Tak semua kawan ada bila aku susah macam mana KAWAN BAIK kau tu ada bila time aku susah. Aku tak ada niat pun nak RAMPAS dia dari kau. SUMPAHHH. Allah hadirkan dia dalam hidaup aku pasti ada hikmah. Semua orang yang datang pasti akan pergi. Tapi biar la aku yang pergi dari hidup kau dan KAWAN BAIK kau tu. Nanti jangan pulak kau tanya ''mana amirah yang dulu?'' ''mana amirah yang selalu buat lawak gila dia tu?'' kau yang suruh aku pergi kan? Jadi kau anggap je la amirah tu dah tak ada. Baru puas hati kau kan? Hmm, maaf la kalau kehadiran aku ni menyinggung hati kau. Aku tak ada niat lain pun cuma nak berkawan.



-sekian- ((amirah asyura))
♥ Terima kasih kerana sudi baca entry saya ! ♥

No comments:

Post a Comment