Pendosa Tanpa Noktah.

          Assalamualaikum wahai sahabat. Harini Allah uji aku dengan ujianNya. Sekali lagi aku menitiskan air mata kerana seseorang. Kenapa la wahai air mata? Kenapa mahu jatuh? Kenapa? Allah :'( Kenapa air mata ini jatuh kerana seseorang? Kenapa air mata ini tidak jatuh kerana Mu? Itu tandanya hati semakin gelap. Hati jauh dengan Allah. Banyak kan istighfar Hamba Allah. Bila kita ditimpa ujian, mesti kita tertanya tanya ''kenapa aku?'' ''kenapa ujian ini yang kau bagi?'' ''aku tidak kuat''. Sahabat, ingat satu pesanan ini ''Allah tidak akan membebani hambaNya''. Allah itu Maha Mengetahui segalanya, Allah tahu kamu kuat. Allah tahu kamu boleh jalani ujian itu sebab itu kamu diuji, sama seperti aku. Dalam hidup ini tak sempurna kalau kita tidak diuji. Kita diuji agar kita kuat, boleh jalani ujian yang akan datang. InsyaAllah. Harini aku dah menyakitkan hati seorang Hamba Allah. Aku tidak ada niat pun nak sakitkan hati dia. Dia suruh aku pergi dari hidup dia. Allahu :'( Kenapa sampai macam tu sekali? Aku tahu aku salah. Tapi jangan la sampai kau suruh aku pergi dari hidup kau. Memutuskan hubungan sillaturrahim? Besar sangat kesilapan aku sampai kau taknak maafkan aku?



          Mugkin besar bagi kau. Tapi bagi lah aku peluang untuk perbaiki kesilapan aku dan InsyaAllah tidak akan ulang kesilapan yang sama. Hamba Allah, tolong maafkan diri ini. Aku tahu aku banyak buat silap. Aku manusia biasa, Sentiasa melakukan dosa. Sama seperti makhluk lain. Tidak ada makhluk yang tidak pernah melakukan dosa di atas muka bumi Allah ini. KITA SEMUA PENDOSA TANPA NOKTAH. Jangan lah ditanya post ini ditujukan kepada siapa, Sudah pasti kau wahai Hamba Allah yang mulia. Sebaknya menaip, teringat lagi kata kata kau tadi. Hati ni macam kena hiris dengan pisau yang tajam, Sumpah sakit! Hanya Allah je yang tahu :') Aku tak tahu nak tulis apa dah. Ini hanya separuh luahan hati aku. Tidak perlu menaip panjang panjang nak share cerita dekat semua orang. Cukup la ada Allah yang sentiasa mendengar hati kecil ini berbicara. Akhir kata aku minta maaf kepada semua sahabat kalau aku ada sakitkan hati kamu. Andainya esok hari terakhir aku melihat bumi yang indah ini, tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk aku dan doakan supaya aku tenang di sana. Amin Ya Rabbal Alamin :')
♥ Terima kasih kerana sudi baca entry saya ! ♥

No comments:

Post a Comment