NEW!!



Hi stalker! Harini tergerak pulak hati ni nak update blog, saja nak melepaskan rindu ni ecwahh :p Okay harini nak cerita pasal new. Apa yang new sangatkan? Nak bagitahu sedar tak sedar kita dah sampai pengakhiran bulan 1. Cepatnya masa berlalu. Dan kita patut bersyukur sebab kita masih bernafas di muka bumi Allah yang indah ini. ''Alhamdulillah''. Dah masuk tahun baru, bulan baru mesti la ada azam baru kan? Tapi aku tahu, aku dah terlambat nak cerita pasal azam ni. Herghh~ Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal benda alah tu. Aku cuma nak cerita pasal pakwe baru. Hahahaha *joke*  kelas baru aku. Weeee~ Hmm selama 3tahun aku duduk kelas cekal. Dan selama 3tahun aku tak dapat kawan baru. Asyik muka dorang je aku pandang setiap hari dah naik jemu dah. Hahaha. Tapi start tahun ni aku kena berpisah dengan dorang uhukuhk T.T cedihhhh!! Pelik kan manusia ni? Bila ada depan mata rasa jemu, bila dah tak ada baru nak cari. Sangat pelik! haaa. Btw, aku rindu sangat sangat sangat sangat sangat dengan budak kelas 3cekal. Rinduuuuuuuuuu :'(






Tapi takpe la nak buat macam mana en? Allah tu maha adil. Dia turunkan petir, kilat tapi dia hadiahkan kita pelangi yang sangat indah. Sebelum PMR aku nak sangat dapat kelas sains tulen. Nak sangat sangat. Tapi aku ni tak ada la pandai mana kan nak masuk kelas tu. Belajar pun main main. Results PMR pun tak la setinggi mana. Hanya mimpi je la nak dapat kelas sains tulen tu. First day sekolah, aku rasa gementar gilaa sebab tak tahu dapat aliran apa. Aku ingat kan aku dapat aliran akaun. Rupa rupanya, suprissed!! dapat jugak aliran sains tulen tu. Aku punya la terkejut sampai cikgu panggil nama aku pun aku masih tergamam. Rasa nak melompat je. Hahahaha, hati ni gembira sangat sangat. Syukur pada Allah. Tapi yang sedihnya kena berpisah dengan kawan kawan. Hmmm :'( So now say hello to bilogy, chemist, physic, Addmath ((killer subjek)) hahaha. Tapi takpe InsyaAllah aku boleh buat!! Mula mula aku tak yakin boleh bawak. Aku rasa macam nak tukar aliran je. Tapi disebabkan ramai yang support aku masuk kelas ni. Aku teruskan jugak. Lagipun umi nak sangat anak dia sorang ni jadi doktor. InsyaAllah aku akan tunaikan impian umi ;')



Dah dekat sebulan aku duduk dekat dalam kelas tu. Dorang kata aku pendiam. Sebenarnya aku ni bukan pendiam pun. Cuma keadaan tu yang mebuatkan aku jadi senyap. Yela kalau dulu aku selalu buat bising dengan HHT'S sekarang aku dah tak sama aliran dengan dorang. Bergerak solo la katakan. Tu la aku jadi pendiam tu. Aku duduk sebelah kawan baru. Nama dia Shahira. Dia tu pendiam + pandai + rajin. Aku tak banyak sangat benda nak share dengan dia. Yela kawan baru kan. Rasa ganjil sikit. Lebih lebih lagi dia tu pendiam susah la sikit nak ngam. Tapi takpe. Slow slow. Suasana dalam kelas tu beza sangat sangat dengan kelas aku dulu. Kalau dulu kelas aku bising + budak budak malas nak buat kerja. Sekarang bising + budak budak rajin. Satu homework pun dorang tak pernah miss. Fulamaakk!! sekarang ni aku dah tak ada chance la nak tengok tv tengah malam. Nak layan twitter semua bagai. Layan tu layan la jugak tapi tak macam tahun lepas. Setiap jam aku online. Ehemm. adik adik jangan tiru aksi ini! Tapi sekarang dah tak boleh. Kalau dulu selalu dating dengan internet tapi sekarang dating dengan buku je la.



Sejak aku masuk aliran sains ni semua orang panggil aku ''BUDAK SAINS/BUDAK BIO''. Apa kejadah entah dorang panggil aku macam tu. Annoying gilaaakkk!! Apa korang fikir jadi budak sains ni gah sangat la? Korang fikir semua budak sains ni pandai ah? ''Semua dalam dunia ni, tak ada pandai. Tak ada kurang pandai. Allah ciptakan manusia semua sama. Yang membezakan dorang hanyalah USAHA''-ayah. Ayah sealalu pesan macam ni dekat aku. Jadi budak sains stress. Semua nak kena perfect! Kalau kurang sikit habis ah kena kritikan yang pedas dari guru tersayang *cewahh ayat aku*. Semua nak kena dapat A+. Perghhh!! Sekarang dah tak boleh main main dah macam dulu. KENA FOKOS SPM!! SPM tahun depan. So, FOKOS FOKOS FOKOS!! ''Not study hard, but study smart''- cikgu sara.InsyaAllah aku akan buat betul betul. Aku nak umi dengan ayah bangga. Cukup cukup la aku dah buat diaorang hampa dengan results UPSR/PMR aku. Dah dua kali aku hampa kan diaorang. Tak kan kali 3 ni aku nak buat benda sama kan. Kena la berubah. Dah besar. Dah matang. Boleh fikir baik buruk. Boleh fikir mana yang terbaik untuk masa depan. InsyaAllah.*note to myself*. Sebenarnya banyak lagi aku nak story. Tapi tangan pun dah letih menaip. Hahaha. Maybe next time je la :') So para para stalker! Jangan rindu aku :p ((jaga diri, jaga iman, jaga hati)).



Published.





♥ Terima kasih kerana sudi baca entry saya ! ♥

No comments:

Post a Comment